Teknik Menerap Imej
Menerap
imej ialah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan
bahan yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara
asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri.
Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan teknik ini seperti
yang berikut:
1. Perkenalkan apa, mengapa dan
bagaimana menggunakan teknik menerap imej
- Jelaskan menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar apa yang mereka baca.
- Pelajar dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca.
- Guru tunjuk cara untuk melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri.
2. Pilih teks / gambar yang
berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan dan
bacakan dengan lantang.
- Guru bacakan dengan lantang.
3. Tunjuk cara penggunaan strategi
kepada pelajar.
- Guru melakukan teknik berfikir dan bersuara.
- Kemudian, berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi beliau dengan teks dengan pelajar. Perkara ini dilakukan terutamanya apabila bertemu dengan perkataan yang menarik di dalam teks.
4. Membekalkan latihan berpandu.
- Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang mereka gambarkan ketika membaca lantang secara langsung.
- Galakkan pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
5. Sokongan ketikan latihan
kendiri.
- Pelajar bekerja secara berpasangan untuk membaca senyap teks.
- Pelajar secara bergilir diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej-imej yang mereka bina ketika membaca dan juga punca yang menyebabkan mereka membina imej-imej tersebut.
- Pasangan pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental yang mereka bina.
- Guru memberikan sokongan dan bantuan dari masa ke semasa supaya pelajar pada akhirnya dapat melaksanakan aktiviti tanpa bergantung kepada guru.
6. Sediakan latihan kendiri
terpilih.
- Ketika pelajar sudah mahir menggunakan teknik menerap imej ini, sediakan peluang untuk mereka menggunakan strategi ini ke atas teks-teks lain yang berlainan.
Kelebihan
- Pelajar boleh berfikir secara kreatif
- Pelajar bermain sambil belajar.
- Pelajar yang mahir akan cepat memahami imej dalam kadar yang singkat
Kekurangan
- Pelajar yang lemah dapat menguasai 1 atau 2 imej sahaja
- Guru perlu memerlukan masa yang lama untuk latihan kendiri
- Guru perlu membimbing pelajar yang lemah
Kenapa
alat bantu mengajar ini digunakan?
Bahan ini digunakan kerana sasaran
kumpulan pengkaji adalah dari kalangan pelajar sekolah rendah. Sekolah rendah
mempunyai banyak cabang antaranya, sekolah kebangsaan, sekolah jenis (Tamil dan
Cina) dan sebagainya. Para pelajar sekolah rendah lebih cepat memahami imej (gambar)
lebih cepat berbanding perkataan. Hal ini menyebabkan pengkaji memilih kaedah
pengajaran yang menggunakan teknik penerapan imej. Tambahan pula, teknik ini
boleh menjana pemikiran para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis
dalam masa yang singkat.
Kertas Kerja Perlaksanaan Pameran
Bahan Bantuan
1.0 Pengenalan
Menerap
imej ialah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan
bahan yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara
asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan
kendiri.
2.0 Rasional
Kaedah
alat bantu mengajar berbentuk penerapan imej ini dilakukan untuk:
·
Meningkatkan pemikiran kreatif dan
kritis dalam kalangan pelajar
·
Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan menggunakan
teknik penerapan imej
·
Meningkatkan semangat ingin belajar
sambil bermain dalam sesi pembelajaran
3.0 Objektif
·
Meningkatkan pemikiran kreatif dan
kritis dalam kalangan pelajar
·
Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan
menggunakan teknik penerapan imej
·
Meningkatkan semangat ingin belajar
sambil bermain dalam sesi pembelajaran
4.0 Ahli
Jawatankuasa
Ketua Kumpulan
: Gabriella
Gayle Tingai
Setiausaha :
Rejal Bin Laikim
Bendahari
:
Mohd Ardhan Bin Che Ros
AJK Peralatan
: Ilias
Bin Samsudin
AJK Kebersihan dan
Keceriaan : 1) Muhd
Irwan Shamree Bin Mohd Sabri
2) Saiful Rasheme Bin Mahamad
5.0 Perbelanjaan
BIL.
|
PERALATAN
|
RM
|
NO.
RESIT
|
1.
|
CBE CLEAR GLUE
|
2.44
|
TGN07201605090127
|
2.
|
S/K TAM TAM 25 x 10g
|
4.65
|
TGN07201605090127
|
3.
|
SKUT CYBER C/PAPER
|
2.60
|
TGN07201605090127
|
4.
|
STANDARD BALLOON
|
3.50
|
TGN07201605090127
|
5.
|
HAMPER WRAPPER 90M
|
1.50
|
T03018427
|
6.
|
COLOUR RIBBON (SMALL-PURPLE)
|
3.30
|
T03018427
|
7.
|
COLOUR RIBBON (SMALL-PINK)
|
3.30
|
T03018427
|
8.
|
MAX STAPLER NO.3
|
1.90
|
T03018427
|
9.
|
SMALL CARD 1.2 x 8 UNIT
|
9.60
|
T03018427
|
10.
|
CHANG LI PERMANENT MARKER BLK
|
2.60
|
T03018427
|
11.
|
ARTLINE HIGH PERFORMANCE RED
|
3.30
|
T03018427
|
12.
|
GLUE STICK SMALL x 2 PCS
|
1.40
|
T03018427
|
JUMLAH
|
43.20
|
||
Senarai Aktiviti-Aktiviti Yang
Dijalankan Sepanjang Pameran
MASA
|
ATURCARA
|
8.00 a.m.
|
Ketibaan
Para Pelajar
|
8.30 a.m.
|
Ketibaan
Para Tetamu Jemputan
|
8.45 a.m.
|
Majlis
Bermula
|
8.50 a.m.
|
Bacaan
Doa
|
8.55 a.m.
|
Ucapan
Daripada Pengarah Program
|
9.00 a.m.
|
Ucapan
Daripada Perasmi Program
|
9.05 a.m
|
Penilaian
Hasil Bahan Bantuan Mengajar (Bbm) Bacaan
|
12.00 p.m.
|
Pengumuman
Pemenang Bagi Karnival Inovasi Dan Kreativiti BBM Bacaan
|
12.30 p.m.
|
Makan
Tengah Hari
|
12.45 p.m.
|
Majlis
Bersurai
|
Gambar-Gambar Perlaksanaan Kem
Bacaan
A. Sebelum
![]() |
| Foto 1 : Penyediaan bahan bantu mengajar |
![]() |
| Foto 2 : Pembahagian tugas |
![]() |
| Foto 3 : Membuat 'Roda Impian' |
![]() |
| Foto 4 : Penyediaan perkataan untuk disuaikan dalam bahan bantuan mengajar |
Semasa
![]() |
| Foto 5 : Menanti ketibaan para jemputan |
![]() |
| Foto 6: Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan |
![]() |
| Foto 7 : Bahan 1 - Pengenalan Huruf Vokal |
![]() |
| Foto 8 : Bahan 2 - Suaikan gambar dengan perkataan |
![]() |
| Foto 8 : Bahan 3 - Perkataan akan diselitkan di bawah gambar rajah diatas. |
![]() |
| Foto 9 : Para pelajar akan menerangkan apa yang mereka perhatikan selepas video dihentikan selepas 5 minit. |
Video 1 : Cerita Upin dan Ipin
Video 2 : Cerita Arnab dan Kura-Kura
![]() |
| Foto 10 : Para pelajar akan menjawab soalan yang diberikan. |
![]() |
| Foto 11 : Para pelajar akan membaca puisi yang diberikan secara rawak melalui 'Roda Impian'. |
![]() |
| Foto 12 : Para pelajar akan memutarkan 'Roda Impian' untuk membuat tugasan yang diberikan mengikut nombor |
![]() |
| Foto 13 : Seorang pelajar telah berjaya menyelesaikan 'Puzzle'. |














